Redhalah Dengan Nikmat Allah, Walaupun Pahit!

Sumber : Google
Ada seorang kawan aku ni dapat keputusan yang biasa-biasa saja bagi dia masa semester dua hari tu. Dia cuba rasa bersyukur dengan keputusan yang dia dapat. Cumanya siapa tak akan rasa kecewa dan terkilan bukan bila dapat keputusan yang bawah daripada jangkaan.

Kemudian dia mesej untuk tanya aku, "Salah ke kalau kita rasa tak gembira dengan keputusan yang kita dapat? Adakah kita tergolong dalam golongan yang tidak bersyukur dan redha dengan nikmat Allah?" Tapi mesej dia, aku tak jawab sebab aku tak ada kredit. Lepas tu aku terus lupa. Sampai lah aku bersihkan inbox phone aku beberapa hari yang lepas. Huhu. Maaf ye kawan, aku jawab di sini sahaja. Mohon sangat dia baca. 

Aku teringat kata-kata seorang sahabat aku, 
Kalau kita rasa tak gembira, kecewa dan terkilan dan lain-lain rasa tu normal sangat. Kita kan manusia, tak dapat elak pun dari rasa macam tu. Tapi sebaiknya cepat-cepat lah rawat hati yang sedih itu secepat mungkin agar rasa yang mendiami hati kita tu tak berpanjangan. Segeralah nasihat hati agar redha dengan setiap apa yang diberikan Allah kepada kita. Pasti apa yang diberi itu ada hikmah yang tersembunyi. Kalau lewat hilangkan rasa sedih tu, takut timbul pula rasa tidak redha dengan hadiah Allah itu.
Kesimpulan : Bagi aku laa, semuanya balik ke tunjang akar. Kalau sebelum kita hadapi sesuatu ujian atau peperiksaan kita dah betul-betul berusaha bersungguh-sungguh dan dah tawakal dengan sepenuh tawakal kepada Allah, insyaAllah kita akan mudah bersyukur dan redha dengan apa yang kita perolehi. Wallahualam.

------------------------------------------------------------

Sebelum berakhir ingin aku kongsikan satu petikan mesej semangat yang aku dapat dari seorang sahabat yang aku kasihi. Aku tujukan mesej ini buat semua sahabat handai dan kenalan aku di luar sana.

Buatmu Sahabat,
Bawalah Allah ke dalam hatimu selalu, nescaya tiada duka buatmu.
Bawalah Allah ke dalam hatimu selalu, nescaya musibah dunia tiada apa buatmu.
Lampau Allah telah membantumu.
Kelmarin Allah telah membantumu.
Maka percayalah hari ini dan selamanya Allah tetap akan membantumu.
Dari kejauhan doa aku kirimkan buatmu.
Doamu juga aku harapkan mengiringi langkahku.
Semoga kita akan menjadi hamba yang paling bahagia di sisiNya.
Dengan syukur dan redha terhadap segala ketentuanNya.

Mana Lebih Utama, Usaha atau Tawakal?

Sumber : IIslam
Mohon dapat tonton video ni dengan hati yang terbuka ye. :)



Aku pernah tanya dekat seorang kawan aku ni mana yang paling utama? Usaha ke tawakal kita kepada Allah? Aku jadi keliru bila aku dengar ada orang cakap dekat aku "Allah tak pandang natijah, tapi Allah pandang pada usaha." Aku pun pernah dengar orang cakap "Kejayaan kita bukan diukur pada usaha kita tapi pada Tawakal kepada Allah."

Alhamdulillah aku dikurniakan seorang kawan yang sangat baik dan suka jawab soalan-soalan remeh aku. Thanks Akmal. :')  Dia jawab macam ni..

Usaha itu penting kerana Allah tak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri. Tawakkal juga penting sebagai tanda kita sebagai hamba yang lemah ini hanya bergantung harap pada kekuasaan Allah. Turut menjadi tanda kita yakin bahawa apa yang berlaku pada kita telah ditetapkan oleh Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita padahal kita sendiri tak tahu apa yang terbaik untuk kita. Jadi usaha, doa dan tawakal kita mestilah seiring dan seimbang.


Sumber Asal : Google
Kesimpulannya : Memang yang dilihat dan diukur oleh Allah bukan pada sejauh mana usahamu tapi pada setinggi mana tawakal dan percaya serta pergantunganmu pada Allah. Namun ia tak bererti kamu tidak perlu usaha. Usahalah semampumu tapi jangan sesekali beraqidah atau meletakkan kepercayaan bahawa banyak usahamu penentu kejayaan. Berimanlah bahawa tawakkalmu itu sebenarnya hanya semata-mata padaNya. Itulah penentu kejayaanmu. Kejayaan bukan milik sesiapa tapi ia adalah hak milik Allah. :)

Usaha datang dahulu, diiringi dengan doa, setelah itu bertawakallah pada Tuhanmu.

Credit : Akmal (Pendapat) , Kak Miza (Kesimpulan) , Google & IIslam (Gambar) , usrahcanada (video)

Renungan : Demi Masa

Sumber : Deviantart
Setiap daripada kita dikurniakan masa yang sama rata. Kita(manusia) mengukurnya dengan unit jam, minit dan saat. Namun masa yang diberikan itu sangat misteri. Tempoh satu jam bagi setiap orang sangat berbeza. Bagi pelajar yang sedang mengambil peperiksaan akaun, masa satu jam adalah sangat sekejap untuk menyiapkan 3 soalan Kunci Kira-kira. Namun satu jam untuk orang yang sedang ditimpa kebakaran terasa sangat lama.

Sumber : http://www.surah.my/103
Di dalam Kitab Teragung juga telah dirakamkan bahawa Allah telah bersumpah dengan masa, bahawa manusia(kita) kerugian! Ayat ini jelas menunjukkan betapa manusia ini kurang mengambil berat menjaga masa dengan sebaiknya. Allahu Akbar! Lemah nya kita ini.

Cuba kita renungkan : para sahabat, tabi', tabi'in dan ulama dahulu mampu menghafal al-quran, hadis, malah menjadi pakar dalam ilmu sains, matematik dan sebagainya serentak di usia yang muda. Kenapa muda-mudi kini ( termasuk diri yang menyampaikan ini ) tidak mampu melakukan seperti mereka?

Sesunggunya masa itu bergantung kepada KEBERKATAN. Kita tidak tahu masa kita yang dah berlalu, adakah diberkati oleh Allah. Kita hanya mampu berdoa Semoga setiap saat detik masa yang berlalu dalam hidup kita diberkati oleh Allah. Oleh itu, marilah kita mencari keberkatan dalam masa kita yang akan datang! Jangan bertangguh lagi, kerana sesungguhnya masa itu emas.

Motivasi : Yang paling jauh bukan bintang, mentari jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tak akan kembali. Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan. Semalam yang terluput mengukir sesalan. Yang ada hanya hari ini akan datang. Gunakanlah hari ini dengan sebaiknya, kerana sesungguhnya esok belum tentu milik kita. Sedangkan semalam dan tadi telah pergi buat selamanya.

credits : Akmal (short tazkirah) & Kak Syaza (ayat motivasi)